uMuR SaYa

Thursday, October 28, 2010

Indahnya Iman

Rancangan kegemaran saya ini ditayangkan setiap hari. Berikut adalah maklumat ringkas dan sedikit sedutan.

Hari : Setiap hari
Saluran : Astro Oasis 106
Masa : 5.30 am (saya selalu miss sebab belum bangun tidur)
12.55 pm (saya tak balik rumah lagi)
4.00 pm (wajib tonton)
7.00 pm (wajib tonton)
8.00 pm (wajib tonton)
Kandungan : mula-mula asmaul husna, diikuti azan, zikir,dan last klip video Anuar Zain.


rancangan akan dimulakan dengan Asmaul-Husna

* pastu laungan azan (tak jumpa video ni). Kadang2 oleh arwah Ust Asri, kadang2 Nazrey Raihan, Bob AF2 dan Muhammad AQ4


sebahagian daripada alunan zikir yang mengasyikkan


Diakhiri dengan video klip 'Ketulusan Hati' (lagu orang pergi Haji ni..)

Wednesday, October 27, 2010

Stand up comedy



tadaa...sebenarnya saya dah lama boleh berdiri, tapi saja tak mahu.... :)

Tuesday, October 19, 2010

Umur 11 bulan





Umur : 11 bulan
Berat : 9 kg
Gigi : 8 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan kegemaran : susu ibu dan susu Bio-Lac
kemahiran terkini : masih meniti
hobi : menonton Indahnya Iman , bangun malam
Pengalaman manis : ??
Pengalaman pahit : selalu digigit nyamuk

Catatan : Hari ini genap umur saya 11 bulan. Syukur kepada Allah swt kerana dilanjutkan usia dan masih lagi dibawah naungan kasih sayang-Nya. Besar sungguh rahmat kurniaan tuhan kepada kita semua kerana masih mengecapi nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini. ...Papa dan mama selalu lewat mengambil saya di rumah ibu. Mesyuarat dan urusan sekolah terpaksa didahulukan. Kadang-kadang hampir jam 5 petang baru saya dijemput dari rumah ibu. Kasihan mama dan papa yang selalu kepenatan, termasuk melayan saya bila pulang dari sekolah...

Tuesday, October 5, 2010

Friday, October 1, 2010

Kehilangan...

Tanggal 25/09/2010 bersamaan 16 Syawal 1431H yang lalu, satu lagi peristiwa hiba berlaku. Moyang tersayang Hjh Meriam bt Ismail kembali ke rahmatullah pada awal pagi Sabtu. Mama yang tengah bersiap2 ke sekolah untuk LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) pada awal pagi itu membatalkan hasrat sejurus menerima khabar sedih berkenaan. Papa memandu secepat mungkin untuk sampai ke rumah Wan cu di Bukit Pertanian Kerdau. Jam 12.05 pm, kami sampai dan jemaah baru selesai solat jenazah. Papa diberi peluang untuk solat kali ke-2 bermakmumkan MP Kuala Krau, YB Dato' Ismail Md Said (yang juga saudara). Urusan pengkebumian selamat dan selesai sebelum masuk waktu Zuhur. Saya yang didukung oleh mama mendoakan arwah moyang dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah...