uMuR SaYa

Friday, February 18, 2011

14 bulan





Umur : 14 bulan
Berat : 9.3 kg
Gigi : 8 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : XL (Drypers)
makanan kegemaran : susu ibu dan susu Bio-Lac, biskut Marie
kemahiran terkini : minum guna straw
hobi : menonton vcd

1. MAHER ZAIN
2. zikir Ust Asri Ibrahim
3. zikir Munif Hijjaz
4. zikir Ust Dzulkarnain al-Hafiz

Pengalaman manis : makan ubat/antibiotik yang sangat maniiis....uwek
Pengalaman pahit : masuk wad di 2 hospital

Catatan :

Kejadian 1.
Pada 31/1/2011 lalu, saya mengalami demam panas yang teruk. Tubuh saya sedikit menggeletar dan suhu badan sungguh luar biasa panasnya. Ketika itu saya berada di rumah nenek di KKB. Papa dan mama terus membawa saya ke Hospital Kuala Kubu. Disebabkan kaunter pesakit luar telahpun ditutup, papa terus membawa saya ke unit kecemasan. Suhu diambil dan bacaannya ialah 39'C ...Risaunya mama dan papa hanya Tuhan saja yang tahu. Saban hari papa melakukan solat hajat agar saya cepat sembuh. Dipendekkan cerita, doktor yang merawat saya mengatakan kemungkinan paru-paru saya dijangkiti kuman@virus. PNEUMONIA katanya. Tahun Baru Cina disambut di hospital kerana saya ditahan di wad selama 5 hari. Saya discaj pada 4/2/2011.

Kejadian 2.

Pada 13/2/2011 pula, sekali lagi saya demam. Masuk wad lagi tapi di Hospital Teluk Intan pula. kali ini hanya 4 hari sahaja. Doktor yang merawat menyatakan kemungkinan kuman sebelum ni belum hilang sepenuhnya. Antibiotik lain pula diberi. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, berkat doa semua saya sihat sepenuhnya sehingga ke hari ini...