Cerita saya tidak penting kepada semua. Tetapi ia penting kepada mereka yang SAYANGKAN saya
Monday, December 26, 2011
Ustazah Akhir Zaman bertunang
Tarikh : 25/12/2011
Catatan : Mokde Ilah (Ustazah Asilah) bertunang
Lokasi : Rumah wan Chek di Taman Setia Jasa
Friday, December 23, 2011
Al-Fatihah...
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Pulau Pangkor
Tarikh : 21/12/2011
Tempat : Pulau Pangkor
Aktiviti : melawat sekitar Pulau Pangkor
ahli bersekutu : Maklang,mak uda,anjang + geng Rawang
Catatan : Mula-mula ingat nak jalan ke Teluk Batik je, tapi terlajak sampai ke Pangkor. Sampai di Pangkor, kami menyewa bot dan melawat pulau dan pantai di sana. Kamera tak bawa. Erm...
Sunday, December 18, 2011
Pusat Sains Negara
Tarikh : 17/12/2011
Tempat : Pusat Sains Negara, KL
Aktiviti : wow hebatnya sains !!
ahli2 bersekutu : geng Rawang (Mak uda Helen,Pak uda Ajul, Nabila, Haziq, Aleesya, Nurul,Angah,Amirul)+ Anjang Ani,Syasya,Hakim + Maklang Zaleha.
Catatan : Kami bertolak dari Rawang agak lewat, kira-kira jam 3.00 petang kerana sebetulnya kami tidak merancang untuk ke sana. Perjalanan mengambil masa hampir sejam dan hujan gerimis menyambut kedatangan kami. Setelah puas berada di sana, jam 5 petang kami pun bertolak balik. Kami juga sempat singgah di rumah Paklong Unose di Pantai Dalam.
Monday, December 12, 2011
Cuti-cuti di Melaka
Tarikh : 28/11/2011 - 2/12/2011
Tempat : Melaka (Zoo,Muzium Samudera,Menara Tamingsari,River Cruise,A Famosa)
Ahli Rombongan : Papa, Mama, Kak Nurul, kak Nabila + geng2 Rawang yang menyusul 1hb
Catatan : Dek kerana 'Saya yang menurut perintah' , bersidanglah Papa bersama-sama rakan2 guru data SMT/V di Kings Hotel, Melaka selama 3 hari. Saya dan mama tak lepas peluang...
Saturday, November 19, 2011
Dua Tahun
Hari ini umur saya genap 2 tahun. Nama ZAKI sebenarnya dipilih oleh datuk saya (ayah mama). Sama seperti papa. Menurut cerita papa, nama papa juga dipilih oleh datuknya (ayah Wan Selamah). AHMAD pula ditambah di pangkal nama saya oleh papa.
Tiada majlis khusus dibuat bagi meraikan ulangtahun kelahiran kali ini. Hanya doa dipanjat kehadrat Allah agar kami sekeluarga sentiasa dirahmatiNya.
Tiada majlis khusus dibuat bagi meraikan ulangtahun kelahiran kali ini. Hanya doa dipanjat kehadrat Allah agar kami sekeluarga sentiasa dirahmatiNya.
Thursday, October 20, 2011
Monday, September 12, 2011
Teman tapi mesra...
Kami tak layan gosip yer... :)
Lokasi : Rumah Ibu Sariah
Personalia : saya dan Tasnim
Aktiviti : mama jemput saya seperti kebiasaan, kami sempat bergambar bersama.
Catatan :
Selain saya, Ibu Sariah turut mengasuh Hannanah Tasneem dan Khalilurrahman (adik Tasneem). Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing...cewah! Apapun doakan yang terbaik buat kami. Alamak terlebih sudah...
21 bulan
sempat bergambar sebelum bersiar-siar dengan Ayahlong Syafiq dan abang Ameer
Umur : 21 bulan
Berat : tidak diketahui
Gigi : 16 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Bubur lambuk dan biskut Marie
kemahiran terkini : buka pintu dapur, buka pintu peti sejuk
rancangan tv kegemaran : Indahnya Iman
hobi : bersiar-siar naik motor, main kejar-kejar dan main wiper keta
Pengalaman manis :
Pengalaman pahit : tertelan asam jawa...
Catatan :
Baru-baru ini, saya mendapat selsema. Selang beberapa hari kemudian, berjangkit pula kepada mama. Elok sahaja saya baik dari selsema, papa pula yang dapat. Alahai...
Sunday, September 4, 2011
Raya 1432H / 2011 M di Kuala Kubu Bharu
Giliran beraya tahun ini mengikut takwim keluarga mama dan papa adalah di KKB. Setelah selesai solat sunat Aidilfitri di Masjid KKB, kami berkunjung ke rumah keluarga nenek di Kg Masjid, Behrang. Di sana saya berjumpa dan bermesra dengan Nenek Mok, nenek Uda dan nenek Utih. tidak ketinggalan nenek Ucu. Setelah hampir satu jam di sana, kami ke rumah nenek Andak tetapi tiada sesiapa di sana. jalan beraya barangkali. Raya ke-3 kami ke Pahang untuk beraya di sana pula.
bergambar bersama Tokngah Saifudin
Berbuka Puasa di rumah Wancu
Makteh Siti sakit
Tarikh : 11/8/2011
Peristiwa : Makteh Siti Khalijah (kakak mama) yang berumur 40 tahun dikejarkan ke Hospital Selayang akibat demam yang teruk.
Situasi : Kritikal di ICU selama seminggu.
Catatan : 10/8/2011,Jam 2.15 petang, ketika papa baru hendak memulakan kelas, papa mendapat panggilan dari mama. Dengan nada yang cemas, mama membawa khabar duka dari Rawang. Makteh ET sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Selayang. Keadaan kritikal. Setelah mendapat kebenaran sekolah untuk pulang awal, kami terus bergegas ke sana. Keesokan harinya papa dan mama memohon cuti kecemasan dan setiap hari kami berulang dari Rawang melawat Makteh Et. Ahad malam, setelah berbuka puasa, papa memandu pulang ke Teluk Intan dan tiba di sana jam 11.15 malam.
17/8/2011 (rabu) adalah cuti umum (Nuzul Quran) bagi negeri Perak. Sehari sebelum (16/8/2011) habis waktu sekolah, kami berkunjung lagi ke Hospital Selayang. Selepas berbuka puasa, Papa memandu dengan tenang mengikut Lebuhraya LATAR seperti kebiasaan sebelum ini.
Petang jumaat 19/8/2011 papa solat Jumaat di Masjid Bidor. Kami terus menuju ke Hospital Selayang. Keadaan Makteh ET dikhabarkan menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih. Alhamdulillah
kenangan didukung oleh Makteh ET ketika mandi manda di Sungai Kedondong
Peristiwa : Makteh Siti Khalijah (kakak mama) yang berumur 40 tahun dikejarkan ke Hospital Selayang akibat demam yang teruk.
Situasi : Kritikal di ICU selama seminggu.
Catatan : 10/8/2011,Jam 2.15 petang, ketika papa baru hendak memulakan kelas, papa mendapat panggilan dari mama. Dengan nada yang cemas, mama membawa khabar duka dari Rawang. Makteh ET sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Selayang. Keadaan kritikal. Setelah mendapat kebenaran sekolah untuk pulang awal, kami terus bergegas ke sana. Keesokan harinya papa dan mama memohon cuti kecemasan dan setiap hari kami berulang dari Rawang melawat Makteh Et. Ahad malam, setelah berbuka puasa, papa memandu pulang ke Teluk Intan dan tiba di sana jam 11.15 malam.
17/8/2011 (rabu) adalah cuti umum (Nuzul Quran) bagi negeri Perak. Sehari sebelum (16/8/2011) habis waktu sekolah, kami berkunjung lagi ke Hospital Selayang. Selepas berbuka puasa, Papa memandu dengan tenang mengikut Lebuhraya LATAR seperti kebiasaan sebelum ini.
Petang jumaat 19/8/2011 papa solat Jumaat di Masjid Bidor. Kami terus menuju ke Hospital Selayang. Keadaan Makteh ET dikhabarkan menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih. Alhamdulillah
kenangan didukung oleh Makteh ET ketika mandi manda di Sungai Kedondong
Wednesday, August 10, 2011
2 Aleesya
Saturday, August 6, 2011
KLIA- menyambut kepulangan
Thursday, August 4, 2011
20 bulan
Umur : 20 bulan
Berat : tidak diketahui
Gigi : 16 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Bubur lambuk dan biskut Marie
kemahiran terkini : panjat seat kereta
rancangan tv kegemaran : Indahnya Iman,
hobi : bersiar-siar naik motor, main kejar-kejar dan main wiper keta
Pengalaman manis : menyambut Ramadan kali ke-2
Pengalaman pahit : ??
Catatan :
Pada 30/7/2011 , kami sekeluarga menyambut kepulangan makngah Sabrina dan Wancu pulang dari mengerjakan umrah di KLIA. Sebuah kereta pacuan 4 roda milik Pakngah Abdullah datang dari Pahang turut serta menjemput Wancu dan Tokcu. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Shah Alam untuk bertemu dengan ahli keluarga baru...
Thursday, July 21, 2011
Tuesday, July 19, 2011
KLIA-Bukit Melawati
Tarikh : 18/7/2011
Hari : Isnin (mama dan papa ambil cuti CRK)
Masa : 10 am - 6.30 pm
Aktiviti : Mengiringi makngah Sabrina, WanCu, TokCu dan Moyang Haha di KLIA yang menunaikan umrah. Perjalanan balik ikut lebuhraya baru LATAR ikut jalan Kuala Selangor. Sempat singgah di Bukit Melawati (disambut oleh segerombolan kera rambut pacak)
Sunday, July 17, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Basikal baru
Catatan :
Pada 3/7/2011 , saya balik kampung di Pahang. Wan Cu mengadakan kenduri doa selamat kerana akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Makngah Sabrina, Tok Cu Shukor dan Moyang Haha bersama-sama Wan Cu akan berangkat pada 18 Julai nanti. Semasa di Pahang, mama dan papa sempat ke pasaraya Tunas Manja di Temerloh. Mama belikan saya sebuah basikal. Tima Kasih mama. Tapi saya belum pandai mengayuhnya lagi...
Tuesday, July 12, 2011
Menyambut kepulangan atuk dan nenek
Catatan
Tarikh : 2/5/2011
Tempat : KLIA
Masa : 8.35 malam
Aktiviti : menyambut kepulangan atuk Daud dan nenek Rudeah yang pulang dari mengerjakan umrah. (gambar ihsan dari telefon bimbit MJ)
Sunday, July 10, 2011
Friday, July 8, 2011
Rambut Baru
Saturday, July 2, 2011
Demam lagi...
Imam Muda Hassan sememangnya favorite saya.Tahniah IM Hasan !!!
Walaupun tak menang, IM Nazrul juga hebat
walaupun demam, saya tak mahu ketinggalan menyaksikan Imam Muda ...
Lokasi : Teluk Intan
Tarikh : 1/7/2011
Masa : 9.00 pm - 10.30 pm
Aktiviti : bersantai bersama papa dan mama sambil menyaksikan episod terakhir Imam Muda musim ke-2
Catatan : Cuaca yang agak panas kebelakangan ini mungkin mempengaruhi suhu badan saya. Papa melekatkan kool fever di dahi bagi meredakan rasa panas. Moga-moga demam saya tidak melarat...
Friday, July 1, 2011
19 Bulan
Tugu Peringatan
Jangan zaki!!! bukan air minum tu
bestnye! nak join jugak...!! (jerit Alisya di luar kolam)
Umur : 19 bulan
Berat : tidak diketahui
Gigi : 14 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Cakoi, keropok lekor dan biskut Marie
kemahiran terkini : merajuk (apa pun tak boleh...)
rancangan tv kegemaran : Indahnya Iman, Imam Muda II, Adik dan Al-Quran
hobi : berjalan, main wiper keta
Pengalaman manis : mandi-manda di Hot Spring Sg Klah kali ke-2
Pengalaman pahit : terjatuh ketika bersiar-siar
Catatan :
Pada 2/6/2011 , sekali lagi saya berpeluang mandi-manda di Hot Spring Sg Klah, Sungkai. Kali ini bersama Mak Uda + MJ + Anjang + Maklang + krew-krew wajib hadir. Musim cuti sekolah camni, pengunjung tidak berapa ramai. maklumlah, hari Khamis. Seronok sangat...nak pegi lagi la. Em..kena pujuk mama dan papa ni.
* Telur rebus habis satu sarang dinikmati bersama..
Subscribe to:
Posts (Atom)