Tarikh : 11/8/2011
Peristiwa : Makteh Siti Khalijah (kakak mama) yang berumur 40 tahun dikejarkan ke Hospital Selayang akibat demam yang teruk.
Situasi : Kritikal di ICU selama seminggu.
Catatan : 10/8/2011,Jam 2.15 petang, ketika papa baru hendak memulakan kelas, papa mendapat panggilan dari mama. Dengan nada yang cemas, mama membawa khabar duka dari Rawang. Makteh ET sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Selayang. Keadaan kritikal. Setelah mendapat kebenaran sekolah untuk pulang awal, kami terus bergegas ke sana. Keesokan harinya papa dan mama memohon cuti kecemasan dan setiap hari kami berulang dari Rawang melawat Makteh Et. Ahad malam, setelah berbuka puasa, papa memandu pulang ke Teluk Intan dan tiba di sana jam 11.15 malam.
17/8/2011 (rabu) adalah cuti umum (Nuzul Quran) bagi negeri Perak. Sehari sebelum (16/8/2011) habis waktu sekolah, kami berkunjung lagi ke Hospital Selayang. Selepas berbuka puasa, Papa memandu dengan tenang mengikut Lebuhraya LATAR seperti kebiasaan sebelum ini.
Petang jumaat 19/8/2011 papa solat Jumaat di Masjid Bidor. Kami terus menuju ke Hospital Selayang. Keadaan Makteh ET dikhabarkan menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih. Alhamdulillah
kenangan didukung oleh Makteh ET ketika mandi manda di Sungai Kedondong
No comments:
Post a Comment