uMuR SaYa

Monday, September 20, 2010

Umur 10 bulan


rancangan wajib tonton : Indahnya Iman


sejuk tapi best (air terjun Sg Kedondong)


banyak sangat duit raya, kena kira guna kalkulator mama...hehe

Umur : 10 bulan
Berat : 8.8 kg
Gigi : 6 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan kegemaran : susu ibu dan susu Bio-Lac, pisang berangan dan biskut Mary
kemahiran terkini : meniti
hobi : menonton Indahnya Iman , koyak tisu
Pengalaman manis : Dapat duit raya...banyaknye, mandi air terjun di Sg Kedondong, naik feri ke Pulau Pangkor, Tahlil arwah di kubur
Pengalaman pahit : ??

Catatan : Tahun ini, buat kali pertama saya menyambut Syawal, kami sekeluarga pulang ke Pahang (turn sana). Bestnye...Tapi papa menyambut serba sederhana kerana buat pertama kali beraya tanpa kehadiran wan. Hari raya ke-2, menjadi tradisi semua waris penghuni Tanah Perkuburan Pamah dan Londang, Kerdau akan bertahlil arwah secara beramai-ramai. Saya pun join sama, ramai kanak-kanak turut serta dalam majlis tersebut. Usai majlis, sambil memandu kereta papa bercerita zaman kanak-kanaknya bertahlil di tanah perkuburan tersebut. Duit tahlil kubur yang disedekahkan waris-waris pun boleh tahan banyaknye...tapi niat dan tujuan utama bukan itu sebenarnya. Menziarahi kubur adalah perkara baik dan digalakkan dalam Islam. Malah ianya juga akan menginsafkan pengunjungnya bahawa satu hari nanti, kita juga akan ke 'sana' katanya papa...Raya ke-3 kami pulang ke Kuala Kubu Bharu untuk menyambut raya bersama atuk Daud dan nenek Rudeah pula...rindunya saya nak jumpa mereka berdua

Monday, September 13, 2010

Sayang Moyang





Catatan :

Lokasi : Rumah wan cu di Bukit Pertanian Kerdau
Tarikh : 2 hari sebelum Syawal 1431
Masa : Sebelum berbuka puasa
Rakaman gambar dan video : oleh Makngah Sabrina

Tanpa disuruh, tanpa disua, saya merangkak perlahan ke arah moyang sambil mencium dahi moyang berulang kali. Wan cu terdiam. Papa terkesima. Papa tiba-tiba sebak dan hampir-hampir menitiskan airmata. Di dalam hati papa sempat berdoa agar saya sentiasa kasihkan orang tua...amin ya Allah