uMuR SaYa

Friday, August 20, 2010

Umur 9 bulan


sudah 4 batang maa...


Ini gambar susu formula yang terbaru saya minum. bagus!! Muslim Product (boleh didapati di mana-mana cawangan Era Edar SB)

Umur : 9 bulan
Berat : 8.6 kg
Panjang : tidak diukur
Lilitan kepala : tidak diukur
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan kegemaran : susu ibu dan susu Bio-Lac, bubur lambuk pasar Ramadhan, biskut Mary
kemahiran terkini : memanjat dan berdiri sebelah tangan, landing sendiri selepas berdiri
hobi : mandi @ main air, menonton montaj TV3 dan montaj astro oasis, menonton Indahnya Iman
Pengalaman manis : Pertama kali menyambut bulan mulia (Ramadhan al-mubarak wal-murtabak)
Pengalaman pahit : jatuh semasa proses belajar berdiri

Catatan : Pada 14/8/2010 yang lalu iaitu hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa, kami sekeluarga pulang ke Pahang kerana menghadiri Majlis Berbuka Puasa di sana. Jemputan boleh tahan juga ramainya, anggaran hampir 100 orang hadir yang terdiri daripada jiran2 dan sanak saudara ke majlis tersebut. Tahun lalu (2009) majlis serupa juga dibuat tetapi hanya kepada sanak-saudara dan kaum keluarga sahaja. Majlis di buat di rumah Wan Cu di Bukit Pertanian Kerdau. Tahun ini, majlis dibuat di rumah arwah Wan Selamah di Desa Murni Kerdau.
Setelah selesai solat maghrib berjemaah, disusuli pula tahlil arwah bagi disedekahkan kepada kaum keluarga yang lebih dahulu bertemu Yang Maha Berkuasa. Solat Tarawih berjemaah (kaum keluarga sahaja) yang diimamkan oleh Papa menjadi penutup majlis tersebut. Saya? Oo saya sibuk membantu mama di dapur 'mengemas' apa yang patut....hehe

Tuesday, August 17, 2010

Salasilah saya sebelah mama



Gambarajah di atas merupakan salasilah saya sebelah mama. Sebelah papa sudah diposting sebelum ini (klik sini)

Wednesday, August 4, 2010

Ranking saya

Di sebelah keluarga papa di Pahang, saya adalah cucu ke-3

1. Ameer Syazwan
2. Ameera Sofia
3. AHMAD ZAKI

Cicit kepada Hjh Meriam bt Ismail yang ke-36

1. Norazila
2. Nurisal Akma
3. Nurdiana
4. Nuraini
5. Nurul Amira
6. Mohd Asyraf Hafifi
7. Mohd Farhan
8. Mohd Firdaus
7. Nursyafiqah
8. Nurul Farhana
9. Mohd Fadhilah
10. Intan Iliani Suriani
11. Iman
12. Nuraliya Maisara
13. Abdul Azim
14. Abdul Alim
15. Izatul Uzma
16. Ifatul Aqwa
17. Fatin Nursyahirah
18. Nurain
19. Mohd Nazrin Arif
20. Mohd Azul Fikri
21. Mohd Shahrul Azuan
22. Nadia Farhana
23. Mohd Faizal
24. Fazlin Syakina
25. Mohd Ameer Syazwan
26. Ameera Sofia
27. Ainul Mardiah
28. Mohd Irfan Haqeem
29. Nur Shamimie
30. Amir
31. Aisyah
32. Nur Hafiza Husna
33. Ainul Syafiqa
34. Nur Shaheeda
35. Muhammad Alif Najmi
36. AHMAD ZAKI

Di sebelah keluarga mama di KKB Selangor,
saya adalah cucu ke-23 kepada Hj Daud dan Hjh Rudeah

1. Kamarul Ariff
2. Maizatul Nazurah
3. Nurul Farhana
4. Intan Afrina
5. Nurul Karmila
6. Intan Azuren
7. Nur Ziyan Zahirah
8. Kamarul Badri
9. Amirul Aiman
10. Nur Zuyyin Zayanah
11. Nur Alia Farhana
12. Nur Nabila
13. Khairunnisa Nabila
14. Mohd Zaim Zuhair
15. Maizatul Norjuma
16. Muhammad Haziq
17. Mohd Daniel Hakim
18. Mohamad Hakimi
19. Intan Azulika
20. Nur Zuna Zawanah
21. Mohd Adam Hakim
22. Amirul Hakim
23. AHMAD ZAKI

Sunday, August 1, 2010

Imam Muda Zaki dan Ustaz Ahmad Zaki



Baru-baru ini saya berkesempatan ke hospital tempat saya dilahirkan di Ipoh. Ha..saya juga jumpa kawan papa. Namanya sama seperti saya. Merupakan graduan Universiti Al-Azhar Mesir....mmm. Papa kata kalau saya belajar rajin-rajin saya juga boleh belajar sampai ke sana :)