uMuR SaYa

Wednesday, April 27, 2011

Imam Muda kembali lagi...



Pada suatu hari...

Mama : Pa, ce tengok Zaki ni, minat benor ngan rancangan Imam Muda ni...tak berkelip matanya haa..

Papa : Kamu nak masuk ke Zaki? Belum cukup umur takleh masuk. Nanti siri ke 18 nanti boleh masuk ye...

Zaki : :(

Thursday, April 7, 2011

16 Bulan

Umur : 16 bulan
Berat : unknown
Gigi : 10 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Susu Bio-Lac, biskut Marie, vitagen, Nestum Original
kemahiran terkini : BERJALAN
hobi : berjalan
Pengalaman manis : pandai berjalan
Pengalaman pahit : jatuh katil

Catatan :

Alhamdulillah, kerana Allah memberi kekuatan dan nikmat berjalan kepada saya seperti kanak-kanak yang lain. Moga-moga langkah kaki ini sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan. Papa kata tak sabar nak bawa saya ke masjid untuk solat berjamaah... :)

* tiada video atau gambar kerana kamera rosak

Wednesday, April 6, 2011

Tasik Chini



Tarikh : 12 Mac 2011
Lokasi : Tasik Chini
Masa : 2.35 petang
Catatan : Pada hari berkenaan, papa memenuhi undangan kawan sekolahnya yang melansungkan perkahwinan bertempat di Felda Chini 2. Usai memenuhi jemputan, kami (papa, mama, kakak Nurul, kakak Biya dan saya) singgah sebentar di Tasik Chini. Tapi tak naik bot pun, sebab bahaya...laju ya amat

Tuesday, April 5, 2011

Aduh....



Catatan : Akibat salah pakai kasut, kedua-dua kaki saya melecet tetapi tidak serius. Papa sapukan gel gamat healin setiap hari dan Alhamdulillah, ianya beransur-ansur sembuh. Setiap petang, papa akan membawa saya ke padang sekolah untuk berlatih berjalan. Tiada gambar untuk paparan kerana kamera mama rosak :(

Sunday, April 3, 2011

Teman Atuk mengaji



Lokasi : Bilik atuk Daud
Masa : 1.50pm (atuk baru balik dari masjid)

Saturday, April 2, 2011

Sepetang bersama Upin dan Ipin



Tarikh : 16 Mac 2011
Masa : 5.30 petang
Tempat : Taman Millenium KKB
Personalia : Abang Ameer, kakak Nurul, kakak Biya, kakak Caca, Abang Amirul, Mama, Anjang dan saya.

Friday, April 1, 2011

15 bulan


Abang Alif Najmi kata "baik2 baby.."


memanjat tangga di rumah Tokngah Saifudin di 17-A

Umur : 15 bulan
Berat : 9 kg (turun 0.3kg)
Gigi : 8 batang + 2 geraham yang baru nak tumbuh
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Susu Bio-Lac, biskut Marie, vitagen, Nestum Original
kemahiran terkini : memanjat
hobi : bersiar-siar dan menonton Vcd

1. sebelum2 ini +
2. zikir Hazamin In-Team
3. zikir Ust Amaludin

Pengalaman manis : mula bertatih, jumpa Upin dan Ipin
Pengalaman pahit : kaki melecet

Catatan :

Hampir semua orang bertanya, dah boleh berjalan ke? Mama dan Papa sedikit risau kerana kebiasaannya kanak-kanak seusia saya sudah boleh berjalan. bak kata Maher Zain, Insya-Allah...tak lama lagi boleh la :)