uMuR SaYa

Tuesday, July 19, 2011

KLIA-Bukit Melawati






Tarikh : 18/7/2011
Hari : Isnin (mama dan papa ambil cuti CRK)
Masa : 10 am - 6.30 pm
Aktiviti : Mengiringi makngah Sabrina, WanCu, TokCu dan Moyang Haha di KLIA yang menunaikan umrah. Perjalanan balik ikut lebuhraya baru LATAR ikut jalan Kuala Selangor. Sempat singgah di Bukit Melawati (disambut oleh segerombolan kera rambut pacak)

Wednesday, July 13, 2011

Basikal baru





Catatan :

Pada 3/7/2011 , saya balik kampung di Pahang. Wan Cu mengadakan kenduri doa selamat kerana akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Makngah Sabrina, Tok Cu Shukor dan Moyang Haha bersama-sama Wan Cu akan berangkat pada 18 Julai nanti. Semasa di Pahang, mama dan papa sempat ke pasaraya Tunas Manja di Temerloh. Mama belikan saya sebuah basikal. Tima Kasih mama. Tapi saya belum pandai mengayuhnya lagi...

Tuesday, July 12, 2011

Menyambut kepulangan atuk dan nenek



Catatan

Tarikh : 2/5/2011
Tempat : KLIA
Masa : 8.35 malam
Aktiviti : menyambut kepulangan atuk Daud dan nenek Rudeah yang pulang dari mengerjakan umrah. (gambar ihsan dari telefon bimbit MJ)

Sunday, July 10, 2011

Friday, July 8, 2011

Rambut Baru





Catatan: 2/7/2011 yang lalu, papa bawa saya ke kedai gunting rambut di pekan Teluk Intan. Tak sampai 2 minit, rambut saya berubah seperti rambut Maher Zain. Ok tak??

Saturday, July 2, 2011

Demam lagi...


Imam Muda Hassan sememangnya favorite saya.Tahniah IM Hasan !!!


Walaupun tak menang, IM Nazrul juga hebat


walaupun demam, saya tak mahu ketinggalan menyaksikan Imam Muda ...

Lokasi : Teluk Intan
Tarikh : 1/7/2011
Masa : 9.00 pm - 10.30 pm
Aktiviti : bersantai bersama papa dan mama sambil menyaksikan episod terakhir Imam Muda musim ke-2
Catatan : Cuaca yang agak panas kebelakangan ini mungkin mempengaruhi suhu badan saya. Papa melekatkan kool fever di dahi bagi meredakan rasa panas. Moga-moga demam saya tidak melarat...

Friday, July 1, 2011

19 Bulan


Tugu Peringatan


Jangan zaki!!! bukan air minum tu


bestnye! nak join jugak...!! (jerit Alisya di luar kolam)

Umur : 19 bulan
Berat : tidak diketahui
Gigi : 14 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Cakoi, keropok lekor dan biskut Marie
kemahiran terkini : merajuk (apa pun tak boleh...)
rancangan tv kegemaran : Indahnya Iman, Imam Muda II, Adik dan Al-Quran
hobi : berjalan, main wiper keta
Pengalaman manis : mandi-manda di Hot Spring Sg Klah kali ke-2
Pengalaman pahit : terjatuh ketika bersiar-siar

Catatan :

Pada 2/6/2011 , sekali lagi saya berpeluang mandi-manda di Hot Spring Sg Klah, Sungkai. Kali ini bersama Mak Uda + MJ + Anjang + Maklang + krew-krew wajib hadir. Musim cuti sekolah camni, pengunjung tidak berapa ramai. maklumlah, hari Khamis. Seronok sangat...nak pegi lagi la. Em..kena pujuk mama dan papa ni.

* Telur rebus habis satu sarang dinikmati bersama..