uMuR SaYa

Monday, September 12, 2011

Teman tapi mesra...



Kami tak layan gosip yer... :)

Lokasi : Rumah Ibu Sariah
Personalia : saya dan Tasnim
Aktiviti : mama jemput saya seperti kebiasaan, kami sempat bergambar bersama.

Catatan :

Selain saya, Ibu Sariah turut mengasuh Hannanah Tasneem dan Khalilurrahman (adik Tasneem). Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing...cewah! Apapun doakan yang terbaik buat kami. Alamak terlebih sudah...

21 bulan



sempat bergambar sebelum bersiar-siar dengan Ayahlong Syafiq dan abang Ameer

Umur : 21 bulan
Berat : tidak diketahui
Gigi : 16 batang
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan & minuman kegemaran : Bubur lambuk dan biskut Marie
kemahiran terkini : buka pintu dapur, buka pintu peti sejuk
rancangan tv kegemaran : Indahnya Iman
hobi : bersiar-siar naik motor, main kejar-kejar dan main wiper keta
Pengalaman manis :
Pengalaman pahit : tertelan asam jawa...

Catatan :

Baru-baru ini, saya mendapat selsema. Selang beberapa hari kemudian, berjangkit pula kepada mama. Elok sahaja saya baik dari selsema, papa pula yang dapat. Alahai...

Sunday, September 4, 2011

Raya 1432H / 2011 M di Kuala Kubu Bharu



Giliran beraya tahun ini mengikut takwim keluarga mama dan papa adalah di KKB. Setelah selesai solat sunat Aidilfitri di Masjid KKB, kami berkunjung ke rumah keluarga nenek di Kg Masjid, Behrang. Di sana saya berjumpa dan bermesra dengan Nenek Mok, nenek Uda dan nenek Utih. tidak ketinggalan nenek Ucu. Setelah hampir satu jam di sana, kami ke rumah nenek Andak tetapi tiada sesiapa di sana. jalan beraya barangkali. Raya ke-3 kami ke Pahang untuk beraya di sana pula.

bergambar bersama Tokngah Saifudin

Berbuka Puasa di rumah Wancu




Tarikh : 27/8/2011
Lokasi : Rumah wancu Rojemah di Bukuit Pertanian Kerdau
Aktiviti : Berbuka puasa sanak saudara

Makteh Siti sakit

Tarikh : 11/8/2011
Peristiwa : Makteh Siti Khalijah (kakak mama) yang berumur 40 tahun dikejarkan ke Hospital Selayang akibat demam yang teruk.
Situasi : Kritikal di ICU selama seminggu.

Catatan : 10/8/2011,Jam 2.15 petang, ketika papa baru hendak memulakan kelas, papa mendapat panggilan dari mama. Dengan nada yang cemas, mama membawa khabar duka dari Rawang. Makteh ET sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Selayang. Keadaan kritikal. Setelah mendapat kebenaran sekolah untuk pulang awal, kami terus bergegas ke sana. Keesokan harinya papa dan mama memohon cuti kecemasan dan setiap hari kami berulang dari Rawang melawat Makteh Et. Ahad malam, setelah berbuka puasa, papa memandu pulang ke Teluk Intan dan tiba di sana jam 11.15 malam.

17/8/2011 (rabu) adalah cuti umum (Nuzul Quran) bagi negeri Perak. Sehari sebelum (16/8/2011) habis waktu sekolah, kami berkunjung lagi ke Hospital Selayang. Selepas berbuka puasa, Papa memandu dengan tenang mengikut Lebuhraya LATAR seperti kebiasaan sebelum ini.

Petang jumaat 19/8/2011 papa solat Jumaat di Masjid Bidor. Kami terus menuju ke Hospital Selayang. Keadaan Makteh ET dikhabarkan menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih. Alhamdulillah


kenangan didukung oleh Makteh ET ketika mandi manda di Sungai Kedondong