uMuR SaYa

Friday, August 20, 2010

Umur 9 bulan


sudah 4 batang maa...


Ini gambar susu formula yang terbaru saya minum. bagus!! Muslim Product (boleh didapati di mana-mana cawangan Era Edar SB)

Umur : 9 bulan
Berat : 8.6 kg
Panjang : tidak diukur
Lilitan kepala : tidak diukur
Imunisasi : tiada
saiz pampers : L (Drypers)
makanan kegemaran : susu ibu dan susu Bio-Lac, bubur lambuk pasar Ramadhan, biskut Mary
kemahiran terkini : memanjat dan berdiri sebelah tangan, landing sendiri selepas berdiri
hobi : mandi @ main air, menonton montaj TV3 dan montaj astro oasis, menonton Indahnya Iman
Pengalaman manis : Pertama kali menyambut bulan mulia (Ramadhan al-mubarak wal-murtabak)
Pengalaman pahit : jatuh semasa proses belajar berdiri

Catatan : Pada 14/8/2010 yang lalu iaitu hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa, kami sekeluarga pulang ke Pahang kerana menghadiri Majlis Berbuka Puasa di sana. Jemputan boleh tahan juga ramainya, anggaran hampir 100 orang hadir yang terdiri daripada jiran2 dan sanak saudara ke majlis tersebut. Tahun lalu (2009) majlis serupa juga dibuat tetapi hanya kepada sanak-saudara dan kaum keluarga sahaja. Majlis di buat di rumah Wan Cu di Bukit Pertanian Kerdau. Tahun ini, majlis dibuat di rumah arwah Wan Selamah di Desa Murni Kerdau.
Setelah selesai solat maghrib berjemaah, disusuli pula tahlil arwah bagi disedekahkan kepada kaum keluarga yang lebih dahulu bertemu Yang Maha Berkuasa. Solat Tarawih berjemaah (kaum keluarga sahaja) yang diimamkan oleh Papa menjadi penutup majlis tersebut. Saya? Oo saya sibuk membantu mama di dapur 'mengemas' apa yang patut....hehe

No comments:

Post a Comment