uMuR SaYa

Friday, October 1, 2010

Kehilangan...

Tanggal 25/09/2010 bersamaan 16 Syawal 1431H yang lalu, satu lagi peristiwa hiba berlaku. Moyang tersayang Hjh Meriam bt Ismail kembali ke rahmatullah pada awal pagi Sabtu. Mama yang tengah bersiap2 ke sekolah untuk LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) pada awal pagi itu membatalkan hasrat sejurus menerima khabar sedih berkenaan. Papa memandu secepat mungkin untuk sampai ke rumah Wan cu di Bukit Pertanian Kerdau. Jam 12.05 pm, kami sampai dan jemaah baru selesai solat jenazah. Papa diberi peluang untuk solat kali ke-2 bermakmumkan MP Kuala Krau, YB Dato' Ismail Md Said (yang juga saudara). Urusan pengkebumian selamat dan selesai sebelum masuk waktu Zuhur. Saya yang didukung oleh mama mendoakan arwah moyang dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment